Monday, April 6, 2009

Pecal Parit Baru




Pecal atau lebih dikenali sebagai 'pecel' (sebutan masyarakat jawa) merupakan makanan istimewa masyarakat jawa di Kampung Parit Baru. Makanan yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran seperti tauge, kangkung , pucuk ubi kayu, timun, dan disiram dengan kuah kacang ini amat menyelerakan. Ia juga boleh dicampur dengan pelbagai aneka sayuran yang lain seperti pucuk paku pakis, kacang panjang dan sebagainya. Ada juga yang turut memasukkan tauhu dan nasi impit . Ia bergantung kepada selera masing-masing. Namun kesedapan pecal ini sebenarnya bergantung kepada ramuan rahsia yang ada pada kuahnya. Bukan semua orang tahu ramuan ini. He..he..he.. Tidak dinafikan pecal kini ada di mana-mana tetapi ianya tidak sesedap yang terdapat di Kampung Parit Baru. Lebih-lebih lagi pecal yang dibungkus dengan daun pisang. Jemputlah ke Parit Baru untuk menikmatinya.