Friday, August 15, 2008

Kenali Kampung Parit Baru


Kampung kecil ini terletak kira-kira 20 km daripada Pekan Sabak dan 25 km daripada Pekan Sungai Besar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Dikelilingi kebun kelapa, kelapa sawit dan pisang, pekan ini menjadi tumpuan petani dan pekebun kecil bagi mendapatkan barang keperluan asas mereka. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam dari keturunan Jawa. Terdapat juga penduduk Melayu dari suku Mandailing, Rawa, Banjar dan Kampar. Terdapat sedikit kaum Cina yang kebanyakannya menjadi nelayan, peraih dan peruncit. Kegiatan ekonomi lain ialah menangkap ikan. Meskipun agak terpencil namun di sinilah terletaknya beberapa institut pendidikan yang terkenal seperti Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Politeknik Sultan Idris, Institut Perakaunan Negara (IPN), dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Sejajar dengan penyusunan semula masyarakat dan pertempatan, satu kawasan baru untuk aktiviti masyarakat telah dibuka di Tanah Lesen, kira-kira 1 km daripada pekan lama. Terdapat dewan, pasar, bangunan kedai dan kemudahan rekreasi di situ. Selain itu tapak pekan sehari yang asalnya diadakan di tepi jalan raya juga telah berpindah ke Tanah Lesen . Pekan sehari diadakan pada hari Khamis manakala pasar malam pula diadakan pada hari Sabtu. Selain itu terdapat juga kemudahan gelanggang futsal dan sepak takraw untuk kemudahan belia-belia Parit Baru untuk berekreasi. Terdapat juga sebuah pusat internet desa yang menyediakan kemudahan ict untuk penduduk kampung. Sebagaimana kampung-kampung yang lain, Kampung Parit Baru juga mempunyai sebuah sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Rendah Agama Parit Baru, Sekolah Agama Menengah Parit Baru, sebuah masjid (Masjid Al-Ma'rufiah) ,sebuah pusat kesihatan besar (Pusat Kesihatan Besar Parit Baru), Pusat haiwan, Pejabat Pertanian dan Pondok Polis Komuniti.


7 comments:

Unknown said...

ambik gambar signboard parit baru..
lepas tuh sign board kat air manis tuh.. jalan nak masuk ke pkn sabak.

identity bangunan kat parit baru.. cat warna kuning coklat tue.. , balai raya. masjid, dewan org ramai... mcama2. ..pastu politeknik sabak bernam, sek.integrasi yg kat tepi laut tue...

lagi apa eak... rasa2 macam ada tempat menarik yg leh dijadikan tempat pelancongan.. kelong umpanya..

E.E

anaiz said...

iyolah tu. trima kasih la pakcik yoo..

penziarahkubur said...

Assalamualaikum , kesian nya tak ada yg menziarahi blog ni , taangkap lah contoh gambar rumah tepi jalan ,cthnya sebuah rumah yg ada 2 kereta satu wira dan satu kancil ,barulah orang luar tau .ooo rupa-rupanya penduduk kampung parit baru sudah kaya . tak pun tangkap satu gambar keluarga cth sebuah gambar keluarga muda bapa,ibu dan 3 orang ank lelaki ...nanti orang kata ooo orang muda pun suka duduk kampung ingatkan dah tak de orang muda duduk kampung
angkap juga gambar tok sidang dan ajknya ,gambar masjid ,gambar sekolah=sekolah cth sekolah serimawar ke ,gambar sekolah agama , gambar dan guru, tangkap gambar kilng-kilng perusahaannsederhana dan tangkap gambar kiai kampung tu banyak lagi untuk menarik ke blog ini ,tangkap juga kawaan perkuburan dan blah,blah ,blah... tak cukup tangan ke nak up date
,sebab melayan punaiz kecil je

anaiz said...

rupanya ada lagi insani seperti ini..

Anonymous said...

sudi mampir ke laman web saya.

http://saidahipoh.blogspot.com

Anonymous said...

sudi mampir ke laman web saya.

http://saidahipoh.blogspot.com

paritbarupekan said...

sila call saya segera 0193604766 hakim